Frequently Asked Questions (FAQ) :

1) Bagaimana cara ORDER DI BUAT?
ORDER boleh di buat melalui : http://masthevs.shoppy.my/
Anda akan melihat harga RESELLER (ejen atau dropship) selepas anda log in ke akaun anda.

2) Saya masih belum lihat harga RESELLER?

  • Selepas pendaftaran kami akan invite anda melalui email & anda perlu lihat email dan terima invitation kami.
  • Jika email tidak anda terima anda boleh log in kemudian tekan butang "Be Our Reseller" di hujung kanan website sebelah atas
  • Whatsapp : 019-258 2098


3) Bolehkah saya terus datang pejabat MastHevs MY untuk COD tanpa order dahulu?
Tidak boleh, semua ejen & dropship perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum tiba di kedai untuk mengelakkan barang yang ingin di tempah kehabisan

4 ) Jika saya ingin datang ke pejabat MastHevs MY sebelum membuat keputusan membeli & membuat order?
Boleh, tetapi anda wajib membuat order di website sebelum mengambil barang yang di order.

5 ) Berapa hari order akan sampai pada saya atau pelanggan saya?

  • Pengeposan akan diuruskan setiap hari,  bermula ISNIN - JUMAAT, 
  • Kami bercuti dari pengeposan pada SABTU, AHAD dan PUBLIC HOLIDAY.
  • Semua tempahan biasanya akan sampai dalam masa TIGA HARI, kecuali Sabah/Sarawak dan ada beberapa tempat akan mengambil masa SEMINGGU hari bekerja.


6 ) Apakah STANDARD OPERATION PROCEDURE order?

  • Order & pembayaran sebelum jam 12 tengah hari akan dihantar pada hari yang sama
  • Order & pembayaran selepas jam 12 tengah hari akan di hantar keesokkan harinya.
  • Status tempahan boleh di lihat di MY ACCOUNT selepas anda log in, di web http://masthevs.shoppy.my/ atau di email anda. Sila pastikan email yang anda register adalah aktif.
  • Jika anda ingin COD sila pastikan pilihan tempahan anda "walk in"
  • Tracking no juga ada tertera di MY ACCOUNT selepas status shipped

7 ) Bolehkah MastHevs MY menerima order menngunakan whatsapp?
Tidak , kami tidak menerima sebarang order menggunakan whatsapp untuk memudahkan segala order di rekod ke dalam sistem.

8 ) Apakah service POST yang pihak MastHevs MY sediakan & bolehkah saya request service lain?
Poslaju, dan kami tidak menerima service lain setakat ini melainkan anda meminta runner yang menguruskan order anda terutama pada order yang banyak. Runner anda sendiri, kami tak sediakan. ​

9 ) Bagaimana saya nak tahu HARGA POS sebelum membuat order?
Anda boleh membuat dummy order / order palsu di website, akan tertera harga pos.

10 ) Kenapa ada beberapa item tiada tertera di dalam website tetapi ada di dalam senarai?
Barangan READY STOCK, akan tertera di website manakala barangan OUT OF STOCK tidak akan tertera di dalam website

11 ) Jika item yang  ingin di  order tiada dalam list ( tidak available) bolehkah saya order/preorder?
Kami tidak mengambil sebarang order atau booking order, anda perlu menyimpan list order anda dan menunggu stock baru.

12 ) Apakah saya akan menangung apa-apa risiko semasa penghantaran di lakukan?
Kami tidak menangung sebarang risiko selepas penghantaran, Risiko pecah diakui berlaku dengan kebarangkalian 1 daripada 2000 botol. Kami akan sentiasa memastikan semuanya selamat sebelum dipostkan. Tetapi tidak menangung sebarang kemungkinan yang berlaku selepas penghantaran. Semasa proses penghantaran anda boleh terus menghubungi postlaju untuk maklumat lanjut 1-300-300-300 . Bukan pihak kami.

Amaran : Perfumes adalah cecair yang mudah meruap, keadaan yang panas ketika penghantaran boleh menyebabkan ia mudah pecah, oleh itu, anda perlu memastikan perfumes sampai kepada customer sehari selepas penghantaran untuk mengelakkan risiko pecah, sila pastikan customer ambik perfumes mereka di post laju segera jika mereka pick up sendiri